Rani Kulup
Program komedi di televisyen nampaknya semakin menjadi-jadi dan salah satu stesen televisyen yang sangat memberi peluang kepada para pelawak untuk ‘mencari makan’ adalah Astro. Terbaru, untuk musim baru Super Spontan, pihak Astro turut menampilkan  Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah serta pelakon, Uqasha Senrose sebagai peserta.
Menurut Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai, pihak memilih Nelydia adalah kerana prestasinya yang cemerlang dalam program yang sama pada musim lalu.
Rani Kulup atau lebih dikenali sebagai Ayah Rani pula dipilih di atas persetujuannya sendiri di samping menggunakan slogan serta semangat yang ditampilkannya sebagai nama kumpulan iaitu Kungfu Kipidap dan Silat Dongibab.
Sumber: Media Hiburan